
" Assalamualaikum dan salam mahabbah buat kalian yang datang ke sini. "
Itulah lafaz permulaan saya buat anda yang menjengah ke sini. Moga-moga dengan persinggahan anda ke sini serba sedikit memberikan sedikit manfaat untuk dikongsi bersama. Buat pengetahuan anda semua, Blog Kesetiaan Yang Sempurna telah bertukar halaman ke laman web ini.
Maka dengan ini, blogspot saya akan terhenti seketika, dan selamat datang ke halaman baru saya. Dengan halaman baru ini, terdapat ruangan-ruangan yang saya dan kalian boleh kongsikan dan mendapat bahan-bahannya dengan lebih kemas dan teratur:
- Forum adalah untuk ruangan anda dan saya berdiskusi tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita di samping kitasama-sama melontarkan pandangan, pendapat, komen dan sebagainya. Sebarang pengumuman juga boleh dilakukan di ruangan forum ini.
- Members adalah ruangan untuk ahli-ahli yang telah mendaftar dalam laman website ini dan anda akan lebih mudah meletakkan komen-komen, pandangan dan sebagainya dengan menjadi ahli di sini. Justeru, jemputlah menyertai laman Website Kesetiaan Yang Sempurna.
- Links adalah ruangan yang menyediakan laman-laman,blog-blog yang telah sedia ada di Blog Kesetiaan Yang Sempurna, secara umumnya.
- Calendar adalah tempat untuk saya meletakkan aktiviti-aktiviti, dan program-program yang akan saya sertai dan libatkan diri. Maka, kalau web ini tidak teredit begitu lama, maafkan saya. InsyaAllah saya akan cuba sampaikan post yang baru selepas selesai program saya.
- Comments adalah ruangan yang boleh dikatakan ruangan untuk sembang tarbawi di samping berkongsi pandangan.
- My Posts adalam ruangan hasil segala penulisan dan bahan-bahan tazkirah, fikrah, diari, perkongsian dan sebagainya.Anda juga dijemput meletakkan komen dalam setiap post-post saya. Moga dengan pendapat, pandangan dan komen anda, saya dapat memperbaiki segala apa kekurangan dan kesilapan saya. Terima kasih...
*
Brohandzalah Copyright 2009